Sunday, February 14, 2016

Tempahan Gigi Palsu / Dentures Booking for Dental Clinic & Individual

Kami merupakan Makmal Pergigian dan pakar dalam membuat gigi palsu. Kami berpengalaman lebih daripada 15 tahun membuat gigi palsu. Dengan pengalaman kami yang pernah berkhidmat di Klinik Pakar Pergigian & Makmal Pergigian Profesional di Shah Alam, gigi palsu yang kami hasilkan amatlah kemas dan bersesuaian dengan pelanggan kami yang terdiri daripada Individual dan Klinik-klinik Pergigian di sekitar Klang, Shah Alam dan Lembah Klang. Kami juga berpengalaman membuat gigi palsu untuk filem seram. Kami menjanjikan pelanggan kami selesa memakainya. Paling penting harga yang kami tawarkan amat berpatutan dan mampu dimiliki oleh setiap pelanggan kami. Kami bertempat di Klang (berdekatan dengan Sek Keb Kampung Jawa) mudah untuk dikunjungi oleh pelanggan-pelangan kami. 

Anda boleh hubungi nombor di bawah untuk temujanji.

En. Mohd 018-2053325
Pn. Anis 017-2575097
 SMS / WHATSAPP / WECHAT/ CALL




EMPAT PERINGKAT MEMBUAT GIGI PALSU 

1a.) Ambil model.
1b.) Ambil model kali kedua/khas (jika tiada gigi asli langsung)
2.) Gigitan lilin: untuk menilai hubungan rahang atas dan bawah.(jika bilangan gigi   
asli terlalu sedikit, anda mungkit terlebih gigit di depan) 
3.) Cuba sample: Menilai rupa gigi palsu. Gigi adalah betul tetapi lilin merah masih tidak ditukar ke plastik, jadi tapak lilin adalah lebih longgar. Rupa, susunan gigi, keluasan tapak perlu dinilai dan dibetulkan diperingkat ini.
4.) Memberi/Mendapat gigi palsu plastik.
5.) Mengubah suai selepas mendapat gigi palsu.

Peringkat 2 tidak diperlukan jika cukup gigi asli yang tinggal.
Peringkat 3 hanya dilakukan jika bilangan gigi palsu lebih dari lapan batang. Jika anda membuat kurang dari lapan batang, tetapi sangat pentingkan rupa gigi depan, sila BERITAHU AND MEMINTA  supaya cuba sample/contoh dilakukan tanpa terus membuat gigi palsu plastik.


PENJAGAAN GIGI PALSU


Amaran : jangan pakai gigi palsu waktu tidur.


Gigi palsu boleh menyebabkan kerosakan gigi/gusi yang teruk. Khasnya pada pinggir gigi palsu yang bersentuhan dengan gusi dan gigi.
Gigi palsu dan mulut menjadi berbau, tanpa anda sedari. Oleh itu, sebelum tidur masukkan gigi palsu dalam bekas yang berisi air .

Jangan rendam dalam air panas atau peluntur(misalnya klorox).


Jika hendak tambah sebarang ubat, gunakan jenis yang khas untuk gigi palsu. Anda boleh juga cuba mesin yang mencuci gigi palsu.


Jagalah kebersihan gigi palsu dan gigi asli. Sesetengah gigi palsu mungkin ada wayar/cangkuk. Cangkuk ini biasanya tidak mengores/merosakkan gigi. Akan tetapi gigi yang dicangkuk mungkin rosak kerana kotoran pada cangkuk yang tidak dibersihkan.



MELANJUTKAN USIA GIGI PALSU ANDA.



Bersihkannya di atas basin, bukan di atas tandas.
Anda mungkin menjatuhkannya diatas lantai ,ataupun terjatuh dalam tandas. Jangan simpannya dalam poket kerana anda mungkin memecahkannya.
Simpankannya dalam Kotak yang boleh menahan tekanan. Jangan gigit benda yang terlalu keras. Gigi palsu yang pecah perlu diperbaiki atau dibuat yang baru. Memakai (serpihan) gigi palsu yang pecah boleh membahayakan anda. 
Buatlah gigi palsu kedua ( spare/standby) jika anda malu keluar dari rumah tanpa gigi palsu.Masuk dan keluar gigi palsu mengikut arah yang ditunjukkan.Jangan pegang atau bengkokkan pada bahagian yang nipis atau senang terherot (misalnya wayar). Jika anda pernah mabuk,gila babi (epilepsy) hingga tidak sedar diri, ataupun selalu muntah, gigi palsu yang tetap (iaitu tidak boleh tanggal , misalnya jambatan gigi) lebih sesuai untuk anda.

Bilakah gigi palsu perlu diganti?

1. Anda perlu tukar gigi palsu antara 3-5 tahun sekali. Masa ini berbeza mengikut keadaan seseorang.
2.Jangan pakai satu gigi palsu berpuluh tahun. Tulang anda semakin kecut dan gigi
palsu tidak padan lagi. Memakai gigi palsu yang tidak padan akan menyebabkan/mempercepatkan kerosakkan tisu mulut tanpa anda sedari.
3. Gigi palsu yang sudah pecah dan diperbaiki berulang kali sila tukarlah yang baru.